Thursday, February 27, 2020

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020 / Gaji RM1,000 Layak Mohon!

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020 / Gaji RM1,000 Layak Mohon! - Credit To : kerjayaharian.com

Permohonan Bantuan Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Tahun 2020

Tahukah anda walaupun bergaji bersih RM1,000 sebulan, anda mampu membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP.

Dan yang menariknya lagi, pemohon yang tiada penyata pendapatan bulanan seperti nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi, dan pekerja am masih berpeluang memiliki rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui SJKP.

Baru-baru ini, Bank Muamalat telah melancarkan skim Smart Mortgage-SJKP dengan peruntukkan sebanyak RM70 juta kepada 300 pelanggan yang akan menikmati pembiayaan 100% daripada harga belian.



Baca juga : Semakan Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 2

TENTANG SJKP

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) merupakan syarikat milik penuh Menteria Kewangan, diperbadankan pada 6 Disember 2007.

Tujuan penubuhannya adalah bagi mengatasi masalah kesukaran yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka.

Skim ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Tempoh pembiayaan perumahan SJKP sama seperti bank iaitu 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.


PROSES PERMOHONAN
  1. Proses permohonan dan pendaftaran skim perumahan SJKP adalah seperti berikut :
  2. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  3. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  4. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  5. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

Antara institusi kewangan yang terlibat ialah:
  • Affin Bank
  • Affin Islamic
  • Agro Bank
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic Bank
  • AmBank Group
  • AmIslamic Bank
  • Bank Islam
  • BSN
  • Bank Rakyat
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • Bank Muamalat


Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.

Semakan Lain

Skim Rumah Pertamaku (SRP) Pekerja Sektor Swasta
Tebus RM30 Secara Percuma Melalui Aplikasi Boost Sekarang
Tarikh Bayaran Pencen Tahun 2020
Permohonan Bantuan Dana Inspirasi Malaysia (InspirasiKu) Tahun 2020


SYARAT KELAYAKAN
  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  3. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  4. Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  5. Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  6. Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  7. Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  8. Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  9. Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

Skim Jaminan Kredit Perumahan hanya sah untuk pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.

SJKP tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri.

Sekiranya anda masih mempunyai sebarang persoalan tentang skim ini, anda boleh “klik di sini“.




SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda war-warkan dengan memberikan like dan share pada button dibawah. Terima kasih.
PERINGATAN: Kami/Findkerja tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments