Wednesday, February 26, 2020

[KEMASKINI] Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup (BSH) Dibuka Sehingga 15 Mac 2020

[KEMASKINI] Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup (BSH) Dibuka Sehingga 15 Mac 2020 - Credit To : kerjayaharian.com

Pendaftaran Permohonan & Kemaskini BSH 2020 Sehingga 15 Mac 2020

Pendaftaran permohonan dan kemaskini BSH 2020 (Bantuan Sara Hidup) akan dibuka bermula 1 Februari sehingga tarikh tutup 15 Mac nanti.

Anda hanya perlu kemaskini permohonan sekiranya menepati kriteria di bawah:
  1. Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
  2. Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
  3. Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020

Pembayaran fasa pertama pula akan dibuat pada 20 Januari kepada penerima BSH tahun lepas.

Namun pembayaran fasa pertama hanya terhad kepada kategori isi rumah manakala bagi kategori bujang dan OKU pula akan disalurkan secara one-off pada fasa kedua bulan Mei nanti.
  • Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
  • Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
  • Warga emas sebatang kara

Kepada pemohon yang sudah berkahwin (bukan warganegara) dan kategori bujang / ibu tunggal (tiada tanggungan) anda tidak layak menerima bantuan 28 Januari nanti.

Kepada pemohon yang tidak layak, anda WAJIB kemaskini BSH bermula 1 Februari nanti.

KEMASKINI BSH 2020

Proses kemaskini permohonan Bantuan Sara Hidup boleh dibuat secara online di portal rasmi BSH.

Antara maklumat yang anda perlu dikemaskini ialah:
  • Status perkahwinan terkini termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel yang digunakan
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Dan untuk makluman, maklumat waris sangat penting terutama bila berlaku kematian.

Ini kerana skim Bantuan Sara Hidup memperuntukkan RM1,000 (skim Khairat Kematian) kepada waris penerima BSH dan boleh dituntut di mana-mana cawangan BSN seluruh Malaysia.

Untuk proses tuntutan skim khairat kematian, waris perlu membawa beberapa dokumen pengesahan seperti:
  1. Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
  2. Kad Pengenalan Asal Waris
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
PERMOHONAN BARU

Bagi anda yang ingin memohon Bantuan Sara Hidup tahun ini, berikut antara beberapa dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan baru yang akan dibuka bermula 1 Februari nanti.
  • Salinan IC suami dan isteri
  • Salinan sijil kahwin / nikah
  • Salinan sijil lahir anak di bawah umur 18 tahun (max 4 orang)
  • Salinan nombor akaun bank isteri

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP 2020

Antara syarat kelayakan bagi anda yang berminat untuk memohon BSH tahun ini ialah:
  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Dan untuk makluman juga, terdapat beberapa faktor kenapa permohonan anda gagal. Antaranya:
  1. Maklumat tanggungan yang tidak tepat.
  2. Tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus kahwin.
  3. Memohon lebih dari satu kali (suami/isteri membuat permohonan berasingan).
  4. Tidak menyertakan dokumen pengesahan status penceraian atau kematian pasangan.
  5. Pelajar yang layak menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia bagi sesi 2017/2018.
  6. Tidak melaporkan pendapatan bagi yang bekerja sendiri dan makan gaji.
  7. Pemohon yang menetap / bekerja / belajar di luar negara.
  8. Penerima BR1M sejak 2015 yang tidak mengemaskini maklumat bagi tempoh 3 tahun.
  9. Maklumat peribadi tidak tepat seperti nama, nombor kad pengenalan dan status perkahwinan.

Baca sini : Pembayaran BSH fasa pertama

Semak Sini

Sebab itulah pentingnya pemohon kemaskini permohonan BSH anda tahun ini.

Link kemaskini BSH 2020 akan dimaklumkan kemudian.

Anda juga diminta untuk join Semakan Kerjaya & Informasi untuk sebarang urusan / makluman rasmi tentang BSH.


SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda war-warkan dengan memberikan like dan share pada button dibawah. Terima kasih.
PERINGATAN: Kami/Findkerja tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments