Monday, January 20, 2020

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) Tahun 2020

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) Tahun 2020 - Credit To : kerjayaharian.com



Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020



Berita baik buat penerima Bantuan Sara Hidup, anda mungkin layak menerima Program Subsidi Petrol (PSP) yang akan diagihkan bermula Januari 2020.

Semakan kelayakan skim ini boleh dibuat bermula 15 Oktober di portal rasmi KPDNHEP.

Untuk skim bantuan lain, anda boleh rujuk intipati Belanjawan 2020 yang dibentangkan minggu lepas.

Melalui skim ini, bantuan tunai akan disalurkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali.

Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 bagi kereta dan RM12 bagi motosikal yang dikira setiap bulan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PSP bertujuan bagi menggantikan subsidi petrol sedia ada yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan.



SEMAK KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI PETROL 2020

Melalui PSP terbaru ini, bantuan akan disalurkan hanya kepada golongan layak iaitu warganegara berpendapatan rendah yang sangat memerlukan bantuan tersebut.

Namun penerima BSH perlulah memenuhi kriteria pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan iaitu kereta 1,600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1,6000 yang berumur 10 tahun ke atas.

Manakala bagi motosikal pula, kategori yang layak hanyalah motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berumur tujuh tahun ke atas.

Program ini dijangka bakal dinikmati oleh 2.8 juta penerima BSH dengan anggaran RM65.4 juta sebulan diperuntukkan.

Orang ramai boleh menyemak kelayakan Program Subsidi Petrol fi portal psp.kpdnhep.gov.my bermula 15 Oktober.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut dikongsikan syarat kelayakan terkini bagi permohonan subsidi Petrol (PSP) ini.
  • Mestilah terdiri daripada penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja
  • Memiliki kenderaan berdaftar dan mestilah memiliki lesen kenderaan yang sah
  • Had pemilikan adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal sahaja

Kriteria kenderaan yang layak menikmati skim PSP adalah seperti berikut:


  • Kereta ≤ 1,600cc
  • Kereta > 1,600cc dan berusia ≥ 10 tahun
  • Motosikal ≤ 150cc
  • Motosikal > 150cc dan berusia ≥ 7 tahun

Kadar kelayakan subsidi adalah RM30 untuk kereta manakala RM12 untuk motosikal.

Buat masa sekarang bantuan ini terhad untuk penerima BSH di Semenanjung Malaysia sahaja.

Mengikut kenyataan KPDNHEP, kerajaan mengambil kira keperluan penduduk di Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang kebanyakannya menggunakan kenderaan berkapasiti enjin yang besar dan menggunakan diesel.



Oleh itu, rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan dikecualikan daripada pelaksanaan Program Subsidi Petrol dan pengapungan harga jualan runcit petrol RON95.

Namun, rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan menikmati subsidi petrol RON95 secara pukal pada harga runcit semasa iaitu pada kadar RM2.08 seliter.

Untuk soalan lazim berkaitan skim bantuan subsidi petrol ini anda boleh download PDF ini.


MANUAL SEMAKAN PSP 2020


Untuk semak status kelayakan subsidi petrol ini, anda hanya perlu layari portal rasmi PSP di sini.

Kemudian klik pada butang “Checkbox” seterusnya masukkan nombor MyKad dan klik pada butang “Semak”.

Bagi penerima yang layak, anda perlu kemaskini maklumat akaun bank dengan cara berikut:


PERMOHONAN RAYUAN


Terdapat beberapa sebab kenapa permohonan subsidi petrol anda gagal, antaranya:
  • KOD01 – Tiada rekod sebagai penerima BSH
  • KOD02 – Alamat pemohon di Sabah / Sarawak
  • KOD03 – Tiada kenderaan berdaftar dengan JPJ
  • KOD04 – Tidak menepati kriteria kelayakan kenderaan
  • KO05 – Melebihi kelayakan pemilikan kenderaan

Untuk membuat permohonan rayuan bagi setiap kod alasan tersebut, sila klik pada butang “Ingin Merayu” dan isi semula permohonan anda supaya memenuhi syarat kelayakan subsidi petrol 2020.



SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda war-warkan dengan memberikan like dan share pada button dibawah. Terima kasih.
PERINGATAN: Kami/Findkerja tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments