Tuesday, January 14, 2020

[Kemaskini] Permohonan Bantuan Dana Inspirasi Malaysia (InspirasiKu) Tahun 2020

[Kemaskini] Permohonan Bantuan Dana Inspirasi Malaysia (InspirasiKu) Tahun 2020 - Credit To : kerjayaharian.com

Permohonan Bantuan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) Tahun 2020



Tahukah anda melalui Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YaPEIM bagi tahun 2020, pelajar sekolah bakal menerima bantuan sehingga RM500 dan pelajar IPT pula sehingga RM1,000.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut cara membuat permohonan dana ini secara online serta syarat kelayakan dan senarai dokumen yang diperlukan.

Anda juga boleh menderma ke tabung ini. Setiap derma akan mendapat pengecualian cukai pendapatan atas nama “Tabung Kebajikan dan Pelajaran YaPEIM”.


INSPIRASIKU YAPEIM 2020

Antara matlamat utama dana ini ialah:
  • Untuk membantu dan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah atau kumpulan B40 untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  • Melengkapi usaha pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan yang berkaitan, institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni anak-anak dan pelajar terbabit
  • Selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) – Goal 4: Quality Education) yang disasarkan di bawah United Nations yang bertujuan memberikan pendidikan yang berkualiti supaya dapat meningkatkan kualiti hidup dan akses kepada pendidikan yang inklusif
  • Platform kepada masyarakat untuk menyumbang bagi tujuan pendidikan dalam kalangan anak-anak keluarga kumpulan B40


PERMOHONAN DANA INSPIRASI MALAYSIA

Permohonan boleh dibuat secara online bermula Disember tahun lepas sehingga tarikh tutup 31 Januari 2020.

Untuk permohonan secara manual, borang permohonan boleh didapati di sini:
  • Ibu Pejabat YaPEIM Kuala Lumpur
  • Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri
  • Cawangan Ar Rahnu YaPEIM di seluruh negara
  • Memuat Turun Borang di media sosial rasmi dan laman sesawang YaPEIM “yapeim.my”

Permohonan kategori pelajar sekolah hendaklah diisi oleh ibu bapa atau penjaga. Manakala bagi permohonan bantuan IPT boleh diisi boleh pelajar sendiri.

Dan menariknya bantuan ini tidak dihadkan untuk seorang anak sahaja.
Setiap keluarga layak memohon lebih dari satu permohonan sekiranya setiap anak memenuhi kriteria dan syarat permohonan.

Dan sekiranya anda pernah dapat Dana Inspirasi Malaysia sebelum ini, anda masih boleh memohon kali kedua dan seterusnya sekiranya masih layak.





Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat emel inspirasiku@yapeim.my



Antara syarat am permohonan:
  • Permohonan mesti atas nama ibu/ bapa/ penjaga
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  • Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/ IPT di dalam dan luar negara
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan

Antara dokumen diperlukan ketika mengisi permohonan ini ialah:
  1. Satu salinan kad pengenalan pemohon
  2. Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan
  3. Satu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung
  4. Satu salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil cerai
  5. Satu salinan penyata gaji suami dan isteri / pencen / surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumah
  6. Satu salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah / surat akuan daripada pihak sekolah
  7. Satu salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar
  8. Satu salinan senarai yuran persekolahan / Institusi Pengajian Tinggi
  9. Satu salinan penyata akaun bank penerima manfaat

Sekiranya anda mempunyai soalan berkaitan dana ini, sila hubungi nombor +603 2717 2717 atau emel ke inspirasiku@yapeim.my



SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda war-warkan dengan memberikan like dan share pada button dibawah. Terima kasih.
PERINGATAN: Kami/Findkerja tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments